Tuesday, May 12, 2009

Tolonglah aku

Alamak ada ujian pulak tu, camana ni boleh lulus ke..., makin banyak aku belajar rupa-rupanya banyak perkara yang aku tak tahu tentang komputer, pada kekawan blogger yang ada jampi serapah tu ajar-ajarlah pada aku.

Monday, May 11, 2009

Computer Experiance

Hari ini adalah hari yang kedua aku belajar tentang blog, macam-macam rasa yang aku alami, dari pening-pening lalat sehinggalah pening-pening tebuan, maklum sajalah dan lama tinggalkan alam sekolah, dulu masa sekolah kalau nak menulis kena ada pen dan buku tapi la ni kena mengadap komputer. Kawan yang sama-sama tak berapa tau tentang komputer suruh aku bawa mouse sendiri, termenung seketika aku dibuatnya memikirkan tikus mana pulak yang aku nak tangkap ni, selidik punya selidik rupa-rupanya tetikus, aku tergelak sendiri kerana malu, nak buat camana, dah nawaitu aku turun dari rumah nak belajar komputer, aku simpan malu aku tu dan aku nak gelak bila sampai dirumah nanti.